

28-29 Januari 2026 Bahagian Latihan JBPM Negeri Sarawak telah mengadakan Bengkel acara perkhemahan Kadet Bomba Tahun 2026 bertempat di Pejabat Bahagian Latihan JBPM Negeri Sarawak. Program ini dilaksanakan bagi membincangkan dan menyelaras pelaksanaan Acara Perkhemahan Kadet Bomba Tahun 2026. Antara pegawai yang terlibat tediri daripada PgKB II Azizah binti Salim (Penolong Pengarah Latihan), Pegawai-pegawai Latihan Ibu Pejabat JBPM Sarawak dan Jurulatih Kadet Bomba.