

05 Mei 2026. Ziarah prihatin sempena Hari Anggota Bomba Sedunia ke atas PBK II Ahmad Khairul Bin Aris @Razali di Hospital Tuaran. Beliau merupakan pegawai Bomba yang bertugas d Balai Bomba Dan Penyelamat Tuaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang kini berusia 53 tahun dan 27 tahun menabur bakti dengan penuh dedikasi.
Rombongan diketuai PPjB Lizalman Bin Abu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah bersama PgKB I Johari B. Dzulkiflie, Ketua Zon 1, Kota Kinabalu serta TPgB II Kurong Anak Beki, Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran.
PBK II Ahmad Khairul kini menerima rawatan pemulihan dan terapi di Hospital Tuaran disebabkan Stroke.
Warga kerja Jabatan mendoakan PBK II Ahmad Khairul segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan PBK II Ahmad Khairul.