LOGO BOMBA

logo right

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 4 Mei 2026 Peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

4 Mei 2026. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah meraikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut seluruh dunia pada 4 Mei 2026 di Perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

 

YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah membacakan ucapan dan amanat Hari Bomba Sedunia Tahun 2026 YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kehadiran semua pegawai dan anggota Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

 

Sesi petang seterusnya YS Pengarah bersama pegawai kanan mengadakan kunjungan ke Balai Bomba dan Penyelamat Papar bagi menghadiri Majlis SImbolik Hari Bomba Sedunia 2026 dengan Penanaman pokok di Taman Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Papar.

 

Jabatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Sedunia Tahun 2026 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota Bomba yang melaksanakan tugasan dengan penuh komited dan dedikasi demi agama, bangsa dan negara.

 

Terima kasih ! Kita Bomba!