

26 Februari 2026 – Program Town Hall Pejabat BOMBA ZON KOTA Kinabalu dan Balai-Balai Zon 1 Kota Kinabalu.
YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah hadir ke Program Town Hall Zon 1 Kota Kinabalu bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Putatan.
Turut hadir Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, ketua Zon 1 dan Ketua-Ketua Balai serta pegawai kanan Zon 1 Kota Kinabalu.
Taklimat pembukaan town hall telah disampaikan oleh PgKB I Johari bin Dzulkiflie,Ketua Zon 1 Kota Kinabalu.
Program ini juga turut melibatkan Pegawai Bomba di 5 Buah Balai Bomba dan Penyelamat di bawah jagaan Zon 1.
Pengisian program diteruskan dengan sesi soal jawab dan dialog bagi membuka ruang kepada Pegawai Bomba Zon 1 bertanyakan soalan dan memberi ideal serta pandangan untuk diberi maklum balas dan pertimbangan seterusnya oleh Pengarah dan Pihak Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Sabah.
YS Pengarah dan pengurusan tertinggi jabatan turut mengambil kesempatan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah bersama pegawai bomba pada kali ini.