LOGO BOMBA

logo right

Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Sabah

16 Mei 2026 – Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Sabah telah melabuhkan terainya dengan kemuncak Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pusat Kokurikulum Kem Melanggang, Kiulu Tuaran sebentar tadi.

 

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Zon Tawau telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan perkhemahan kali ini. Manakala Kadet Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Naib Johan dan Zon Keningau tempat ke-3. Perkhemahan ini diadakan bermula 14 hingga 16 Mei 2026 melibatkan seramai 186 peserta Kadet Bomba dari seluruh Negeri Sabah.

 

Bomba Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penganjur bersama Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri Sabah, guru dan seluruh Kadet Bomba di negeri Sabah yang terlibat menjayakan program ini.

 

Syabas dan tahniah!

 

#kadetbomba#rakanstrategik#bombamalaysia#MADANIBerkerja