LOGO BOMBA

logo right

Majlis Selaut Budi, Seribu Memori

8 Jun 2026. Jabatan menerusi Bahagian Keselamatan Kebakaran dengan kerjasama Kesatuan Kelab Rekreasi dan Sukan Bomba Negeri Sabah (KERISMA) dan Persatuan Suri & Anggota Wanita Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah(PERISMA) meraikan pegawai yang akan bersara dan telah bersara wajib di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Sabah.

 

Pegawai diraikan Tuan Ibnu Sahad bin Punggak, TPgB I Ordine Gilu, PBK I Laupen bin Nuar, PBK I Rosemidian @ Rosdi bin Majid, PBK I Sulaiman bin Menin, Encik Wasli@Wasili bin Saupin dan Puan Beatrice Gerald @ Nor’ain Gerald Abdullah.

 

Warga kerja Bomba Sabah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala dedikasi, jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan tuan puan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. ,

Selamat Bersara Tuan Puan, Semoga diberikan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta mendapat rahmat daripada Allah SWT, Terima kasih tuan puan.