LOGO BOMBA

logo right

Majlis Perasmian Community Fire Learning Centre (CFLC) Balai Bomba Penyelamat Putatan

14 Mei 2026. Majlis Perasmian Community Fire Learning Centre (CFLC) Balai Bomba Penyelamat Putatan telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Malaysian Fire and Rescue Department sebentar tadi.

 

CFLC diwujudkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan merupakan yang pertama di Sabah bukan hanya berfungsi sebagai pusat pendidikan kebombaan, malah turut dibuka kepada komuniti untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta JBPM dalam memperkukuh pendidikan keselamatan awam.

 

Di majlis ini juga, JBPM turut menghargai kerjasama strategik pihak swasta dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kesedaran keselamatan kebakaran khususnya di negeri Sabah. Antara Rakan Strategik JBPM yang hadir adalah daripada TCT Trading Kota Kinabalu, WSG Properties Sdn Bhd, SBH KIBING Solar New Material, JSK Mantanani, Kejuruteraan JutaKaya Sdn Bhd ,, REKAWARNA Enterprise dan Building Fire Safety Academy. Terima kasih !

 

#CFLC#KerjasamaStrategik#bombamalaysia

#SabahMajuJaya#MADANIBerkerja