LOGO BOMBA

logo right

Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Emergency Response Team (ERT) Tahun 2026

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Bomba Sabah (KERISMA) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Emergency Response Team (ERT) Tahun 2026 mengikut 3 zon iaitu Zon Tawau, Zon Sandakan dan Zon Pantai Barat (melibatkan Zon Kota Kinabalu, Zon Kudat, Zon Keningau serta Zon Beaufort).

Penganjuran program berlangsung secara berperingkat mengikut zon, bermula di Zon Tawau pada 9 Mei 2026, Zon Sandakan pada 23 Mei 2026 dan kemuncaknya di Zon Pantai Barat pada 6 Jun 2026.

Penganjuran pada tahun ini melibatkan penyertaan seramai 168 pasukan. Pendekatan pelaksanaan mengikut zon ini diambil bagi memudahkan pasukan ERT daripada sektor pengilangan dan perkhidmatan menyertai latihan ini dengan lebih aktif.

Keputusan penuh Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Emergency Response Team (ERT) Tahun 2026 boleh dilihat menerusi pautan berikut: https://www.bkksabah.com.my/keputusan-ert

Tahniah diucapkan kepada semua peserta ERT Tahun 2026!