

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Refreshment Pengurusan Perolehan Kerajaan Menerusi ePerolehan Tahun 2026 melibatkan semua peringkat pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam urusan perolehan kerajaan dan pengurusan sistem ePerolehan.
Seramai 45 pegawai dan kakitangan hadir ke kursus ini yang diadakan mulai 22 April 2026 hingga 23 April 2026.
Objektif kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan terhadap kaedah pengurusan sebutharga dan tender bagi perolehan kerajaan. Selain itu pegawai dan kakitangan terlibat turut berpeluang untuk hands-on modul sebutharga dan tender dalam sistem ePerolehan. Selain itu, Pegawai dan kakitangan diberi pendedahan tanggungjawab sebagai Pengerusi dan Ahli setiap Jawatankuasa Perolehan.
Kursus ini dikendalikan bersama oleh Commerce Dot Com Cawangan Negeri Sabah.