

16 Jun 2026 Kunjung Hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ke Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah. YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah Bomba Sabah dan rombongan sebentar tadi mengadakan kunjung hormat kepada YA Naziah binti Mokhtar @ Sota, Pengarah Pendakwaaan Negeri, Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah. Kunjungan ini bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik kedua-dua agensi dan mendapatkan pandangan serta nasihat perundangan berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah Akta 341.