LOGO BOMBA

logo right

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ke atas Setiausaha Persekutuan Sabah

KOTA KINABALU, 07 Januari 2026 – YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah. Kunjungan ini diadakan sebagai platform perbincangan dan pertukaran maklumat berkaitan isu keselamatan serta pengurusan bencana di negeri Sabah.

 

Dalam sesi tersebut, perbincangan telah memfokuskan kepada status bencana banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah yang terlibat dan terjejas, termasuk tahap kesiapsiagaan pasukan penyelamat serta situasi semasa di lapangan. Turut dibincangkan ialah keperluan dari aspek operasi, logistik dan penyelarasan antara agensi bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan dapat dilaksanakan.

 

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan antara agensi persekutuan dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Usaha bersepadu ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bencana serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.