

Bersempena dengan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis sambutan peringkat negeri pada 4 Mei 2026 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang.
Istiadat perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa serta bacaan teks perutusan Ketua Pengarah JBPM oleh YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah.
Majlis Kerohanian seperti solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat diadakan di surau Ibu Pejabat bagi memohon keberkatan dalam tugas.
Selamat Hari Anggota Bomba kepada semua wira merah!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |