

Alhamdulillah, warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PBK II Ismadi bin Ismail dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban!
Beliau telah mengharumkan nama jabatan setelah berjaya merangkul gelaran Johan (Kategori Men Senior) dalam kejohanan Melaka Indoor Rowing Competition yang berlangsung di Decathlon Melaka pada hari ini, 14 Jun 2026.
Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi serta tahap kecergasan fizikal yang luar biasa dalam kalangan pegawai dan anggota JBPM Negeri Sembilan, selaras dengan tuntutan tugas sebagai anggota penyelamat yang sentiasa siap siaga.
Syabas juga diucapkan kepada barisan rakan sepasukan dan penyokong yang hadir memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga momentum kecemerlangan ini berterusan dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja yang lain!