LOGO BOMBA

logo right

TAHNIAH KONTINJEN PPDA JBPM NEGERI SEMBILAN!

Hari ini telah berlangsung Kejohanan Malaysia Underwater Championship 2026 bertempat di Kolam Renang Pusat Sukan UiTM, Shah Alam.

Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Negeri Sembilan telah menghantar seramai 7 orang peserta bagi menggalas cabaran dalam 4 acara pertandingan iaitu:
• 100m Underwater
• 200m Underwater
• 100m (Master) Underwater
• 200m (Master) Underwater

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil Negeri Sembilan, PBK II Mohd Jamil bin Mohamad Juri dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang atas pencapaian yang amat membanggakan:

🥇 JUARA – Acara 200m (Kategori Master)

🥈 NAIB JUARA – Acara 100m (Kategori Master)

Satu pencapaian yang membuktikan komitmen, stamina dan kepakaran tinggi pegawai PPDA kita dalam sukan air. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga JBPM Negeri Sembilan untuk terus cemerlang!

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding!