

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan futsal JBPM Negeri Sembilan atas kejayaan meraih gelaran Naib Juara dalam Kejohanan Futsal sempena Hari Belia Negara 2026 yang telah berlangsung dari 16 hingga 17 Mei 2026 di D’Tempat & XPark Sendayan.
Kejayaan ini amat membanggakan dan membuktikan semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh pemain dan pegawai pasukan.
Turut membanggakan, pasukan ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00 hasil daripada usaha dan persembahan cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang serta mengharumkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.