

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia MADANI.
8 Jun 2026 – Hangat, sengit dan penuh dramatik! Lensa kamera sempat merakam pelbagai aksi luar biasa, titisan keringat dan semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh kontinjen kita sepanjang hari semalam.
Berikut adalah antara liputan kompilasi lensa yang berjaya diabadikan:
Majlis Perasmian PKK 2026 – Tirai pertandingan dibuka dengan penuh gilang-gemilang dan diraikan dalam suasana yang cukup bersemangat, menaikkan moral setiap wira yang bakal berjuang.
Kategori Hose Rampage – Menguji tahap kepantasan, koordinasi dinamik dan kerja berpasukan yang mantap dalam pengendalian hos bagi memastikan sasaran ditumbangkan dalam masa terpantas!
Kategori Toughest Bomba Alive – Gelanggang pembuktian kekuatan fizikal dan mental yang ekstrem. Di sinilah jati diri sebenar seorang anggota bomba diuji demi merangkul gelaran yang paling digeruni!
Kategori Water Savior – Ketangkasan, kecekapan dan strategi menyelamat di air yang memerlukan ketepatan impak yang tinggi demi menyelamatkan nyawa.
Syabas diucapkan kepada semua wira merah JBPM Negeri Sembilan yang telah memberikan yang sehabis baik di medan juang. Perjuangan belum selesai, ayuh teruskan momentum kecemerlangan ini! Doakan kejayaan kontinjen kita!