LOGO BOMBA

logo right

SELAMAT BERSARA PBK II ZAMHAIREE BIN ISMAIL!

Hari ini, 22 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang dan 'Punch Card' bertempat di Bilik Mesyuarat Pelangi, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan khas bagi meraikan serta menghargai PBK II Zamhairee bin Ismail yang bakal menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib pada 2 Jun 2026.

Majlis yang penuh bermakna ini turut menyaksikan sesi penyerahan cenderahati penghargaan daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Bahagian Latihan kepada Encik Zamhairee sebagai tanda terima kasih atas segala sumbangan, keringat dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang bergelar wira merah.

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat bersara kepada Tuan Zamhairee. Semoga fasa persaraan ini dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan diberkati sentiasa. Terima kasih atas segalanya!