LOGO BOMBA

logo right

SEKITAR TAKLIMAT PENGELOLA PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN TAHUN 2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. Salam Malaysia MADANI. WAKAF TAPAI, 7 Jun 2026 – Telah berlangsung Taklimat Pengelola Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Tahun 2026 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu. Taklimat yang amat penting ini telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Latihan JBPM Negeri Sembilan bersama-sama barisan peserta dan wakil kontinjen yang mewakili Negeri Sembilan. Kehadiran Penolong Pengarah Latihan bersama para peserta membuktikan komitmen yang tinggi dan kesiapsiagaan jitu JBPM Negeri Sembilan dalam menghadapi saingan PKK tahun ini. Semoga segala input, mandat dan garis panduan yang diperolehi sepanjang taklimat ini dapat diterjemahkan dengan cemerlang di medan pertandingan nanti. Ayuh kontinjen Negeri Sembilan, buktikan kecekapan dan ketangkasan kita!