

PROGRAM KORBAN 2026 JBPM NEGERI SEMBILAN
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Korban 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan yang diadakan secara gotong-royong bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini turut dihadiri dan diserikan lagi dengan kehadiran YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.
Antara pengisian utama program hari ini:
• Taklimat Ibadah Korban sebagai panduan petugas.
• Sesi sembelihan dan melapah yang dijayakan bersama secara semangat gotong-royong oleh warga zon, balai dan bahagian.
• Agihan daging korban kepada para penerima yang layak.
• Jamuan warga kerja bagi merapatkan ukhuwah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, petugas serta seluruh warga bomba yang memberikan komitmen padu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga ibadah kita semua diterima di sisi-Nya.