

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2026 pada 10 Jun 2026.
Majlis yang gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan kontinjen yang telah mempamerkan mutu disiplin, kecekapan dan semangat juang yang luar biasa sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Semoga platform ini terus memperkukuh kesiapsiagaan, ketangkasan dan kompetensi wira-wira merah demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Syabas kepada para pemenang!