

Syukur Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Bangunan Canselori USIM, Nilai pada 7 Mei 2026 (Khamis).
Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penganugerahan ini merupakan tanda penghargaan tertinggi jabatan kepada tokoh-tokoh yang telah banyak menabur bakti dan kerjasama kepada JBPM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima pangkat kehormat, antaranya:
• YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
• YB Dato’ Masri bin Hj. Razali, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan
• YBhg. Dato’ Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan