LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN I FIT AND EAT RIGHT (IFitER) PERINGKAT JBPM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

SEREMBAN, 29 April 2026 – Telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Penurunan Berat Badan I Fit and Eat Right (IFitER) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bagi tahun 2026 bertempat di Enjin Bay, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan bersama Dr. Noor Khalili bin Mohd Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban.

Program IFitER ini merupakan satu inisiatif penting jabatan dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memastikan tahap kecergasan optimum dalam kalangan pegawai dan anggota demi kelestarian perkhidmatan kebombaan yang cemerlang.

Antara pengisian majlis termasuklah:
• Saringan kesihatan buat para peserta
• Ucapan perasmian dan gimik pelancaran program
• Sesi bergambar kenang-kenangan

Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa teknikal yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”