

SEREMBAN, 4 Jun 2026 – Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Tahlil Ringkas peringkat JBPM Negeri Sembilan bertempat di Surau Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan, awal pagi tadi.
Majlis yang bermula jam 8:30 pagi ini dihadiri oleh para pegawai serta kakitangan Ibu Pejabat dan Zon 1 Seremban.
Selain sebagai aktiviti kerohanian mingguan, majlis ini juga diadakan khusus bagi mendoakan kesejahteraan dan menitipkan tahlil buat al-Marhumah ibu mentua kepada YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2026 yang lalu.
Seluruh warga JBPM Negeri Sembilan sekali lagi merakamkan ucapan takziah buat YS Pengarah sekeluarga. Semoga roh al-Marhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.
Al-Fatihah.