

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia MADANI.
SEREMBAN, 5 Jun 2026 – Hari ini telah berlangsung Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Tahun 2026 peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sukbom.
Majlis penuh bersemangat ini diadakan sebagai simbolik penyerahan amanah, restu serta pembakar semangat buat seluruh ahli kontinjen Negeri Sembilan yang bakal membawa cabaran jabatan dalam Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) tahun ini.
Seluruh warga JBPM Negeri Sembilan mendoakan agar kontinjen kita dikurniakan kelancaran, kekuatan fizikal dan mental serta beroleh kejayaan yang cemerlang demi menjulang nama baik Negeri Sembilan. Selamat maju jaya diucapkan! Tunjukkan taring dan buktikan kita sentiasa tangkas, berprestasi tinggi serta kompeten!