LOGO BOMBA

logo right

Kursus Penyelamatan dan Pengendalian Bot Siri 1-2026

Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Penyelamatan dan Pengendalian Bot Siri 1/2026 pada 28 hingga 30 April 2026 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang.

Kursus ini melibatkan penyertaan anggota dari seluruh balai bomba dan penyelamat di Negeri Sembilan, serta penyertaan dua orang wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penyampaian ilmu dan perkongsian kepakaran telah disampaikan oleh:
PBT II Mohd Nazri bin Abidin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
PBK II Mohammad Zulaimi bin Mohd Zaid, Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Perak
PB Azman bin Aziz, Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Perak

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul penting merangkumi teori dan praktikal seperti pengenalan enjin sangkut, pengendalian bot, penggunaan peralatan penyelamatan di air serta teknik menyelamat di kawasan air deras dan cetek.

Latihan praktikal turut dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta dalam situasi sebenar operasi penyelamatan di air.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas semangat, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan. Terima kasih juga kepada barisan penceramah dan fasilitator yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat.