

SEREMBAN, 25 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sukbom, hari ini.
Majlis program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.
Kursus padat yang berlangsung sepanjang hari ini memfokuskan kepada pemerkasaan budaya keselamatan di tempat kerja menerusi lima sesi pengisian utama bersama penceramah jemputan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta panel dalaman JBPM:
Sesi 1 & 2: Pengenalan KKP, Perundangan, Analisa Kemalangan di Tempat Kerja, serta Pematuhan SOP & Arahan Kerja.
Sesi 3: Pengurusan Risiko dan Aplikasi HIRARC (Mengenal Pasti Hazard, Penilaian & Kawalan Risiko).
Sesi 4 & 5: Pengenalan OSHWA, OSH Kendiri, serta Latihan Praktikal (Hands-On) Sistem MyKKP.
Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi melalui kursus ini dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh seluruh warga kerja demi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.