

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih bagi latihan penyesuaian menyelamat mangsa bencana sempena Eksesais Shield SAR 2026.
Program yang berlangsung dari 11 hingga 14 April 2026 ini melibatkan kolaborasi mantap bersama Markas 1 Briged Kem Rasah. Seramai 150 peserta telah menjalani latihan intensif dalam pelbagai modul penyelamatan khusus.
Antara fokus utama latihan termasuk:
• Collapse Structure (Runtuhan Bangunan)
• Confined Space (Ruang Terkurung)
• Menyelamat di Bangunan Tinggi
Latihan dijalankan di dua lokasi utama iaitu Pusat Latihan Bomba (STEC) Senawang dan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2. Kerjasama strategik ini bertujuan memastikan sinergi antara agensi sentiasa berada pada tahap tertinggi demi keselamatan negara.