LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA MELAKA – Siri 4/2026

Pada 25 April 2026 (Sabtu), telah berlangsung Program Jom Belajar Berenang anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka bertempat di Kolam Renang MBMB.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Geomatika Malaysia Melaka serta orang awam telah menyertai program ini. Para peserta didedahkan dengan asas berenang, teknik keselamatan di air serta latihan praktikal bersama anggota bomba.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di air serta memberi kemahiran penting yang mampu menyelamatkan diri dan orang lain.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan sokongan!

🚒 Belajar berenang, selamatkan diri, selamatkan nyawa.