LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS RAMAH MESRA & SEKALUNG BUDI PESARA BOMBA PARLIMEN MASJID TANAH BERSAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA

13 Mei 2026 (Rabu) | BBP Masjid Tanah

Telah berlangsung Majlis Ramah Mesra & Sekalung Budi Pesara Bomba Parlimen Masjid Tanah bersama YAB Ketua Menteri Melaka sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada para pesara bomba yang telah menabur bakti serta jasa kepada masyarakat dan negara sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim antara warga jabatan bersama para pesara yang sentiasa dekat di hati keluarga besar bomba.

Terima kasih atas segala pengorbanan, jasa dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Jasamu sentiasa dikenang.

#bombamelaka

#bomba

#bombamalaysia

#melaka

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia