

YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah menghadiri Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2026 pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Dataran Seri Negeri, Melaka.
Kehadiran YS Pengarah JBPM Negeri Melaka ini merupakan tanda sokongan dan komitmen jabatan dalam mendukung agenda pembangunan negeri serta memperkukuh hubungan strategik antara agensi keselamatan dan kepimpinan negeri.