

Tarikh: 16 Mei 2026
Tempat: Kampung Patau-Patau 1, WP Labuan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan Program Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) Tahun 2026 bertempat di Kampung Patau-Patau 1, Wilayah Persekutuan Labuan.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. PPjB (K) Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dengan kehadiran YS PgKB I Abd Rahman bin Ali, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program antaranya ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran, pengendalian kebakaran tong gas LPG, penggunaan alat pemadam api, aktiviti komuniti serta pendedahan berkaitan pengurusan risiko isi rumah kepada penduduk setempat.
Sebagai usaha memperkukuh tahap keselamatan komuniti, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan turut menyerahkan peralatan keselamatan kebakaran kepada komuniti Kampung Patau-Patau 1 melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melibatkan:
• 30 unit alat pemadam api jenis 6 kilogram
• 50 unit fire blanket
• 70 unit smoke detector
Selain itu, sebuah Fire Point Komuniti turut diwujudkan sebagai kemudahan sokongan keselamatan setempat yang dilengkapi dengan alat pemadam api 6 kilogram dan 9 kilogram serta peralatan penyelamatan seperti life jacket, pelampung keselamatan dan throw bag khusus bagi kegunaan komuniti terutama melibatkan kecemasan di kawasan perairan.
Program ini merupakan usaha berterusan jabatan dalam memperkasa budaya keselamatan kebakaran, meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti serta memperkukuh hubungan strategik bersama masyarakat setempat ke arah komuniti yang lebih selamat, berdaya tahan dan sejahtera.