

Tarikh: 9 April 2026
Tempat: Galeri Kraftangan LAWA Labuan
Lawatan Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PERISMA Labuan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan bersama Timbalan Yang Dipertua I PERISMA Kebangsaan ke Galeri Kraftangan LAWA Labuan telah diadakan sebagai salah satu inisiatif memperkasa pengetahuan serta apresiasi terhadap seni warisan tempatan.
Sepanjang lawatan, para peserta diberi peluang menyaksikan sendiri proses penghasilan batik linut di samping mengenali pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan oleh penggiat seni tempatan. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan baharu, malah turut memupuk minat terhadap pemeliharaan warisan budaya.
Diharapkan agar usaha sebegini dapat diteruskan dalam memperkasa peranan wanita dalam menyokong industri kraftangan negara serta memperluas jaringan komuniti.