

Tarikh : 28 April 2026 (Selasa)
Masa : 0830 – 1100
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Machang
Program Townhall JBPM Negeri Kelantan telah di adakan di BBP Machang sebagai platform perkongsian hala tuju, penambahbaikan perkhidmatan serta pengukuhan semangat berpasukan dalam kalangan warga bomba.
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengendalikan sesi tersebut yang dihadiri oleh semua pegawai dan anggota.
Turut hadir ialah PPgB Tc. Ahmad Al farra Bin Muhammad Zain, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang bersama pegawai bertugas dan kelepasan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.