LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA

TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

 

Tarikh : 4 Mei 2026 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai

 

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan,YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan bacaan Perutusan Khas YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai

 

Perutusan ini menjadi wadah penyampaian amanat, penghargaan serta pengiktirafan kepada seluruh warga bomba di seluruh negara yang sentiasa komited, berani dan berintegriti dalam melaksanakan tugas demi keselamatan rakyat dan negara.

 

Ia juga menjadi suntikan semangat kepada setiap anggota untuk terus memperkukuhkan profesionalisme, kesiapsiagaan serta semangat juang sebagai Wira Merah yang sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan Program Penanaman Pokok ’50 Tahun, 50 Balai’: Pokok jenis Garcinia Subelliptica sebagai simbol sambutan Jubli Emas 50 tahun Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan balai ini telah dipilih sebagai salah satu antara 50 lokasi yang dipilih diseluruh negara.

 

Program ini juga diteruskan dengan Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa : bagi mendoakan kesejahteraan seluruh warga perkhidmatan serta pegawai -pegawai yang telah meninggal dunia

Turut hadir dalam program pada hari ini ialah PgB Mohd Rosmaidi Bin Baharuddin, Ketua Zon Machang dan PKPgB Nik Ahmad Afsham Bin Nik Pa, Ketua Balai BBP Kuaka Krai

 

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 🚒🔥