

Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
Tempat : Pusat Penyelidikan Kebombaan ( PUSPEK )
TPgB II Alam Nasut binti Haji Ilias,
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa merangkap Fasilitator / Ketua Kumpulan Inovatif Kreatif BERSATU telah menyerah prototype Smart Hydrant Adaptor yang dibangunkan oleh kumpulan.
Selain itu, perbincangan berkaitan hala tuju projek Inovasi juga telah diadakan bagi tujuan pengembangan projek dan pempeternan.
Inovasi Smart Hydrant Adaptor ( SHA ) ini telah dipilih oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan,( JBPM) untuk dikomersialkan Dan akan dipamerkan semasa Sambutan Hari Anggota Bomba (SAHAB) TAHUN 2026 Di Johor Bharu.
Prototype Smart Hydrant Adaptor ( SHA ) dipamer di Geleri PUSPEK sebagai bagi tujuan promosi produk kepada industri.
Turut hadir PBT II Zulhimi bin Baharudin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian dan PB Muhammad Shafie bin Peter Lim @ Mohd Yusof, Ahli KIK BERSATU.