

Tarikh/Hari: 12 Februari 2026 | Khamis
Masa: 8.30 pagi – 1230
Tempat: Dewan Wira Merah, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kelantan
Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Tahunan bagi Tahun 2026 peringkat JBPM Negeri Kelantan.
Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah Bacaan Ikrar Integriti yang diketuai oleh PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli di mana melibatkan seluruh warga kerja JBPM Negeri Kelantan. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian Tanda Pangkat bagi pegawai yang dinaikkan pangkat, Penyampaian Sijil Penghargaan Hero Bomba kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Penyampaian Sijil Penghargaan Khas Media, Penyerahan Geran Persatuan Bomba Sukarela (PBS) dan Penyerahan jentera bomba Compact Fire Rescue Tender (CFRT) kepada BBP Gua Musang.
Pada majlis yang sama juga telah berlangsung sesi Lawatan Muhibbah dari 3 wilayah Thailand iaitu Chanae, Tak Bai dan Sungai Golok. Turut sama hadir dari 3 wilayah tersebut ialah Mr. Krisada Suksabai, Ketua Jajahan Tak Bai District Office, Narathiwat, Thailand, Mr. Supeeyan Daemoklong, Ketua Jajahan Sungai Golok District Office, Narathiwat, Thailand, Mr. Aphinan Chajitta, Ketua Jajahan Chanae District Office, Narathiwat, Thailand dan Mr. Arafat Bin Daud Chesu, Timbalan Ketua Jajahan Chanae District Office, Narathiwat, Thailand.
Manakala bagi pihak Universiti Malaysia Kelantan telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Aweng A/L Eh Rak mewakili Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan dan Dr. Noormariana Binti Mohd Din, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Transformasi Mahasiswa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan.
Sekalung penghargaan buat seluruh warga JBPM Negeri Kelantan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Tahunan pada kali ini dan tidak lupa juga buat para jemputan yang sudi melapangkan masa untuk bersama memeriahkan majlis. Semoga ukhuwah terus terjalin bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.