

16 Jun 2026 – Bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan
Majlis telah disempurnakan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan. Turut hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan,Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Kelantan serta wakil Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.
Program ini menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, semangat berpasukan serta jati diri dalam kalangan Kadet Bomba, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya tahan dan bersemangat waja.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, pegawai, urusetia serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini.
“Semangat, Disiplin, Jati Diri – Teras Kecemerlangan Kadet Bomba” ![]()
.