LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN NEGERI KELANTAN KE PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) TAHUN 2026

03 JUN 2026 (Rabu), Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) JBPM Negeri Kelantan Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para kontijen bagi menghadapi pertandingan.

 

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Bahagian,Ketua Kontijen serta pegawai-pegawai kanan jabatan bagi memberikan sokongan kepada kontinjen yang akan membawa cabaran ke Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Negeri Terengganu pada 07 – 11 Jun 2026

 

Selamat maju jaya kepada Kontinjen PKK JBPM Negeri Kelantan. Semoga pulang dengan membawa kejayaan dan mengharumkan nama jabatan serta Negeri Kelantan. Gomo Kelate Gomo !!!!!