

Tarikh: 07 April 2026 (Selasa)
Masa: 0850 – 1130
Tempat: Grand Ballroom, Renai Hotel Kota Bharu
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh penghargaan pada hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan diiringi oleh PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.
86 pegawai menerima anugerah sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan.
Penghargaan diberikan kepada 54 pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 32 lagi menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun sebagai tanda penghargaan terhadap kesetiaan mereka dalam perkhidmatan.
Dalam ucapannya, YAS Dato’ merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Beliau berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Beliau turut menekankan sasaran dan halatuju Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengekalkan tahap integriti di kalangan semua pegawai.