

Tarikh: 11 Februari 2026
Masa: 0900 – 1300
Tempat: Pasaraya Pantai Timur, Jelawat
Bertempat di Bandar Baru Jelawat, telah berlangsung Program Siap Siaga Raya Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2026. Pemilihan lokasi ini dibuat kerana potensi bandar ini yang berkembang dengan sangat pesat dan telah bertukar menjadi hub perniagaan di Daerah Bachok. Program pada hari ini diadakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disusuli dengan kedatangan bulan Ramadan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung antaranya ialah Jualan Rahmah, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-Kanak, Pameran Kebombaan, Escape Tank, Kuiz Kebombaan dan Perarakan Jentera Bomba.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Zameri Bin Mat Nawang, ADUN Jelawat merangkap Timbalan EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan Darul Naim. Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat Haji Mohd Huzaimy Bin Che Husin, ADUN Pantai Irama, Bachok serta wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Kelantan.
YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan turut hadir memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pada hari tersebut.
Turut sama hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah Bomba Komuniti, Skuad Bomba, Kelab Bomba Cilik, dan wakil-wakil premis FC (Fire Certificate). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Pasaraya Pantai Timur Jelawat kerana sudi menyediakan tempat program dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan majlis yang sangat meriah pada hari ini.