LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS LAWATAN KERJA RASMI YAS DATO’ Ir. Ts. AHMAD IZRAM BIN OSMAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Tarikh: 06 April 2026 (Isnin)

Masa: 1100 – 1300

Tempat: Dewan Wira Merah, Ibupejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan berbesar hati menerima lawatan rasmi daripada Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Ketibaan YAS Dato’ telah disambut oleh barisan pegawai kanan serta seluruh warga kerja JBPM Negeri Kelantan dalam suasana penuh hormat dan mahabbah.

Dalam sesi lawatan tersebut, YAS Dato’ telah menyampaikan amanat terakhir buat warga kerja JBPM Kelantan agar terus mengekalkan integriti dan kecemerlangan dalam tugas. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan bersama warga jabatan.

Lawatan kerja ini amat bermakna dan disambut dalam keadaan sederhana memandangkan ia diadakan sempena persaraan YAS Dato’ yang bakal tiba tidak lama lagi. Seluruh warga kerja JBPM Kelantan ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, khidmat bakti, serta kepimpinan berwibawa yang telah dicurahkan oleh YAS Dato’ sepanjang perkhidmatan beliau dalam memperkasakan agenda pembangunan jabatan.

Semoga YAS Dato’ sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang afiyah, dan terus berbahagia bersama keluarga tercinta dalam menempuh fasa persaraan nanti.