

Tarikh: 16 Februari 2026
Masa: 1000 – 1800
YBhg. Datuk Mohd Zamri Bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (PP) KPKT telah mengadakan lawatan kerja rasmi di beberapa lokasi di Negeri Kelantan pada hari ini.
Lokasi pertama lawatan ialah di BBP Pasir Puteh di mana YBhg. Datuk telah disambut oleh YS TPjB Datuk Ts. Nazili Bin Hj Mahmood, Pengarah Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan Dan Logistik JBPM bersama YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan.
Lokasi kedua lawatan ialah di BBP Pasir Mas dan BBP Rantau Panjang. YBhg. Datuk turut meluangkan masa bermesra dengan pegawai-pegawai yang bertugas di balai-balai tersebut.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih serta amat berbesar hati dengan kehadiran dan keprihatinan YBhg. Datuk dalam memastikan kelancaran kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan balai dan fasiliti kebombaan di negeri ini.