LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM KELANTAN KE SURUHANJAYA TENAGA @KELANTAN & TERENGGANU

Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)

Masa: 1000 – 1130

Tempat: Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga (ECOS) @ Kelantan & Terengganu, Bangunan Al Waqf Tunjong

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga (ECOS) @ Kelantan & Terengganu, Bangunan Al Waqf Tunjong.

Kunjungan hormat beliau telah disambut oleh Puan Ts. Teratai@Zainab Binti Leman. Sesi pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam aspek keselamatan kebakaran khususnya yang melibatkan pemasangan dan penggunaan sistem tenaga elektrik serta pematuhan piawaian keselamatan di premis-premis dalam Negeri Kelantan.

Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan penguatkuasaan, pengurusan risiko, program-program kerjasama bersama yang boleh dijalankan serta langkah pencegahan kebakaran melibatkan utiliti tenaga.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat mempertingkat tahap keselamatan awam serta memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden berkaitan tenaga dan kebakaran di negeri Kelantan.

Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, dan PgKB II Nurul Alfisyahrin Bin Mhd Zaki, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Keselamatan Kebakaran.