LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM KELANTAN KE MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)

 

Masa : 1000 – 1130

 

Tempat : Majlis Keselamatan Negara

 

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan.

 

Kunjungan hormat beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd A. Aruwan bin Ab Aziz, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan bersama pegawai pegawai dari MKN.

 

Kunjungan hormat pada hari ini bertujuan sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi disamping membincangkan aspek keselamatan pengurusan bencana dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan.

 

YS Pengarah turut membentangkan Statistik Kebakaran Terbuka Bagi Negeri Kelantan untuk Tahun 2026 dan

 

turut menjadi platform perbincangan berkaitan koordinasi operasi, perkongsian maklumat serta pengukuhan jaringan kerjasama demi memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Turut dibincangkan ialah keperluan mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi musim cuaca panas dan risiko kebakaran terbuka di negeri Kelantan.

 

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua agensi dalam memastikan aspek keselamatan awam sentiasa terpelihara.

 

Turut sama hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan – PgKB II Fadhlizil Ikram Bin Ahmad Pauzi.

 

 SOROTAN VIDEO KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM KELANTAN KE MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI KELANTAN