LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN PENCEGAH KEBAKARAN KUALA LUMPUR KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

BANDAR BARU TUNJONG, 15 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Encik Reuben Teoh, Pengasas Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur.

Kehadiran beliau disambut baik oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan bersama PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah serta ketua-ketua bahagian.

Sesi perjumpaan ini diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan dan bertujuan menyerahkan Memorandum of Understanding (MoU) untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik serta membincangkan inisiatif kesedaran keselamatan kebakaran yang lebih efektif untuk masyarakat di negeri ini.

Semoga kerjasama di antara JBPM Negeri Kelantan dan Fire Prevention Society ini akan terus memacu kesedaran awam mengenai kepentingan pencegahan kebakaran.