

20 Mei 2026 (Rabu) – Bertempat di Anjung Bunga Raya, telah berlangsung Majlis Serah Tugas Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 pada jam 1.00 tengah hari tadi. Majlis pertukaran kepimpinan ini merupakan satu detik penting dalam mencorakkan hala tuju serta kesinambungan kecemerlangan operasi dan pentadbiran balai demi keselamatan komuniti setempat.
Seluruh warga JBPM W.P Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Balai, PPgB Dianty Binti Hussain atas segala jasa, kepimpinan, dan bakti yang dicurahkan. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada PBT I Murni Binti Mohamad yang menggalas tugas sebagai Ketua Balai. Semoga amanah yang digalas ini memacu BBP Presint 14 ke mercu kejayaan yang lebih tinggi!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() ![]() |
||
![]() |
||